Kata Mutiara Islami : Kumpulan Nasehat Sayyidina Ali Bin Abi Thalib



Bakhil Terhadap Apa Yang Ditangan Adalah Tidak Mempunyai Kepercayaan Terhadap Allah SWT.

Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.


Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sholat.



Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.


Jagalah ibu dan bapakmu, niscaya anak-anakmu akan menjaga kamu.



Sifat Menahan Kemarahan Adalah Lebih Mulia Daripada Membalas Dendam.

Mengajar adalah belajar.

Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

Insan terbahagi kepada 3: mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.



Janganlah Kamu Takut Kepada Siapapun Melainkan Takutlah Kepada Dosamu Terhadap Allah.

Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.


Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan al haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.



Allah SWT Merahmati Mereka Yang Kenal Akan Dirinya Dan Tidak Melampaui Batasnya.

Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

Barang siapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.



Mereka Yang Mendengar Orang Yang Mengumpat Terdiri Daripada Golongan Mereka Yang Mengumpat.

Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.


Jika Berharta, Berniagalah Dengan Allah Dengan Bersedekah.

Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.



Jika Kamu Telah Menguasai Musuhmu, Maafkanlah Mereka, Kerana Perbuatan Itu Adalah Syukur Kepada Kejayaan Yang Telah Kamu Perolehi.

Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

Betapa bodohnya manusia, dia menghancurkan masa kini sambil mengkhawatirkan masa depan, tapi menangis di masa depan dengan mengingat masa lalunya. 



Jangan Menjelaskan Tentang Dirimu Kepada Siapapun. Karena Yang Menyukaimu Tidak Membutuhkan Itu, Dan Yang Membencimu Tidak Mempercayai Itu.

Jadilah seperti bunga yg memberikan keharuman bahkan kepada tangan yg telah menghancurkannya.

Jangan membenci siapapun, tidak peduli berapa banyak mereka bersalah padamu. hiduplah dengan rendah hati, tidak peduli seberapa kekayaanmu. berpikirlah positif, tidak peduli seberapa keras kehidupanmu. berikanlah banyak, meskipun menerima sedikit. tetaplah berhubungan dengan orang-orang yang telah melupakanmu, dan ampuni yang bersalah padamu. jangan berhenti berdoa untuk yang terbaik bagi orang yang kau cintai.

Orang cantik tidak selalu orang baik, tapi orang baik selalu cantik.

Lepaskan segala sesuatu yang membuatmu stres dan sedih.